Hubung kait di antara Tuhan dan warna
Dunia yang diciptakan oleh Allah sangat indah kerana terdapat warna-warna yang menonjolkan keistimewaan dan keunikan. Jika sekadar warna hitam dan putih pasti membosankan.
Teknologi Tuhan yang Maha Bijaksana itu telah menghasilkan produk yang berada pada tahap terkini dan maju tanpa perlu melalui penambahbaikkan dari masa ke semasa oleh Tuhan.
Darah berwarna merah pada 100 tahun dahulu tiada keperluan untuk ditukar kepada warna biru pada hari ini.
Itulah perbezaan di antara teknologi Tuhan dan teknologi manusia. Teknologi Tuhan dari awal telah mengambil kira segala faktor yang bersesuaian dengan fitrah manusia.
Manusia pula bermula dengan teknologi televisyen dan kamera hiram putih dan selepas itu penambahbaikan dilakukan. Barulah sekitar 50 tahun yang lepas manusia mampu mengeluarkan teknologi televisyen dan kamera berwarna.
Tuhan menghasilkan sesuatu produk sebagai sumber ilmu kepada manusia. Produk yang dihasilkan seperti pokok, haiwan, lautan, matahari serta produk-produk yang lain memiliki warna yang berbeza. Manusia kemudiannya diberi ilham untuk menamakan warna-warna tersebut dalam pelbagai bahasa di dunia.
Jadi, sebagai percambahan fikiran pada hari ini; adakah manusia menafikan Tuhan itu Maha Bijaksana apabila menolak peraturan yang telah Tuhan tetapkan seperti pengharaman riba yang membawa ketidakadilan kepada manusia? Siapa sebenarnya yang lebih bijak dan lebih tahu apa yang baik buat manusia, Tuhan atau pakar kewangan dunia?
Warna berada di sekeliling anak kecil
Topik perbualan anak-anak menjadi lebih luas kerana setiap benda sama ada di dalam rumah, di luar rumah, pada pakaian semuanya ada warna masing-masing.
Selalulah mengenalkan benda beserta warnanya kepada anak kecil ini.
Selalulah juga bertanya apa warna pada pakaiannya, apa warna pada mainannya atau apa warna pada bukunya.
Apabila kita sentiasa mengenalkan dan bertanya tentang warna yang ada di sekeliling anak-anak, secara tidak langsung memberi contoh cara dan topik berbual kepada mereka. Dan kebiasaannya mereka akan meniru percakapan kita.
Lebih peka kepada persekitaran
Secara tidak langsung anak -anak lebih peka kepada persekitarannya. Mereka mencari warna-warna pada benda di persekitaran mereka untuk disebut.
Bagi tahap yang seterusnya, anak-anak mula memadankan warna pada benda A dengan warna pada benda B.
"Sama. Baju red. Ball red"
contoh perbualan anak kecil yang menunjukkan bola dan bajunya mempunyai warna yang sama iaitu berwarna merah.
Mungkin ayat yang disebut oleh anak kecil ini bukan dalam bentuk yang teratur tetapi dia sedang memproses maklumat yang dicerapnya.
Bertambah ilmu anak, bertambah kemahiran berfikirnya, bertambah